RSS

LELAKI BESI ITU




" Parents saya dua2 dah berumur. sebab tu apa2 pon saya kena ready - bersiap sedia mentally, physically, financially - sebab macam2 boleh terjadi. lagi-lagi kita sekarang ni jauh. saya di sini. sedangkan parents di Malaysia...."


Kurang lebih, begitulah antara kata-kata seorang sahabat saya - Mr.A- sewaktu beliau memperkenalkan dirinya dalam sesi taaruf kami yang lepas. Agak pelik juga saya, kenapa perlu sampai ke tahap itu sekali dia berfikiran. pesimis! -getus hati kecil saya.

***

Kira-kira seminggu yang lepas, kami sebilik digemparkan dengan berita bapa Mr.A yg dimasukkan ke wad kerana koma. hati saya sedikit bergetar. Namun beberapa hari kemudian, kami dilaporkan keadaan bapanya sudah sedikit baik. Dos ubat sudah dikurangkan, namun masih ditahan di ICU. Mr.A membuat keputusan untuk pulang hanya pada hujung Januari ini, memandangkan peperiksaan musim sejuk pon sudah semakin hampir. Kami hanya mampu mendoakan di saat itu supaya keadaan bapanya semakin baik.

Kurang lebih jam 7.45 malam kelmarin, Mr.A menerima sebuah panggilan dari Malaysia mengenai prkembangan kesihatan bapanya di Malaysia.. Mulanya, sya tidak begitu ambil pusing, memandangkan kami sedang "berkonfrens riang" seketika itu. Hanya kira2 sejam kemudian saya diberitakan bahawa bapa beliau sudah meninggalkan dunia yg fana ini. subhanallah. Innalillahiwainnalillahirojiun.

Ujian buat yang kuat.

Ironinya, Mr.A kelihatan begitu bersahaja dan tenang, menghadapi berita tersebut. Biarpun jauh di hatinya pastinya bergenang sejuta kesedihan, tiada satu pun air mata yg tertitis dari matanya--atau sekurang2nya tidak di hadapan kami sebilik. Saat di mana semua orang lain pastinya akan meraung bagai orang dirasuki pontianak, atau menangisi selautan air mata, dia kelihatan begitu tenang, redha dan bersahaja. Saat orang lain
menghauskan sebuah dakapan kasih sayang dan secebis nasihat buat penenang jiwa...beliau sebaliknya mengingatkan kami sebilik hakikat sebenar kematian itu. hakikat sebenar sebuah ujian. dan hakikat betapa perlunya kita redha atas ujian Allah. Subhanallah. Kuatnya beliau! Semuanya ibarat bertukar pihak. Kami pula yg menitiskan air mata kesedihan, sedang beliau yang memberi tazkirah peringatan---sebuah halwa penenang jiwa. Subhanallah. Sungguhh ujian Allah itu diberi buat hambaNya yg kuat. Ya Allah, redho-ilah kami sebagai hambaMu, Berilah kekuatan dan kesabaran pada ikhwah ku yg satu itu menempuhi ujianMu. tempatkanlah roh bapanya dalam kalangan mereka yg soleh. selamatkan kami di dunia dan akhirat. amin ya robbal alamin.

“Sungguh ajaib keadaan orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” 

-tapai-

dari pasangan dua


Maka selepas kesekian lamanya, membina kapal angkutan pertama atas arahan Yang Maha Kuasa, bersabar atas cemuh maki gelaran gila kaumnya yang dusta dan durhaka, akhirnya Nuh A.S diperintah untuk membawa bersama pengikutnya yang setia, serta setiap pasangan dua dari makhlukNya yang melata diangkut ke dalam bahtera. Lalu tiba saat bencana. memancar air dari segenap bahana, menelan segala durjana. Lalu mengapa diperintah membawa semua dari pasangan dua?

***** 

al-kisah ke kelas internal medicine. Kalau di Bumi Chenta ini, jika hendak melawat pesakit, harus ditukar ganti pakaian yang ada, atau sekurang2nya menyarung pakaian pendua, buat melindung dari menyebar kuman berbahaya. gaun putih. maska penutup muka, malahan kasut juga perlu ditukar sepatu atau capal kedua. debar. bukan kerana hendak melawat pesakitnya. tetapi dek kerana tertinggal sepatu yang sepasang. bawa yang kanan, tertinggal yang kiri. Natijahnya, terlepas peluang melawat pesakit dan terkurung sendirian di bilik darjah, keseorangan. bagai di penjara lagaknya!

*****

dalam hidup ini, banyak perkara yang datangnya secara pasang.dan berpasangan itu maksudnya dua! Dari dua yang asal, bisa tumbuh melata melahir dan membiak generasi yang seterusnya. Ingat hukum law of few? Terkadang sesuatu itu tak harus bermula dengan banyak. ramai. yang sedikit itu juga bisa menyebar, asalkan serius dan bersungguh. dakwah ini juga begitu. tidak perlu kuantiti yang banyak tetapi cair bak haprak. pekatkan diri. insyAllah bisa mewarnai yang sekitarmu.

tapi itu bukan soalnya. Perasankan dalam Kitab Suci, banyak termaktub unsur yang sebegini: selepas beriman, harus disusuli dengan amal. tidak. bukan disusuli. malah mungkin lebih tepat kalau mengguna kosa diiringi. bersama-sama. berpasang-pasangan. banyak lagi unsur kombo duo begini. amar makruf--nahi mungkar. taubat--buat kebaikan. laku kebaikan--tinggalkan yg mungkar etc. aha. pointnya mudah. belum lengkap kiranya hanya buat yang salah satu. ibarat ke kelas dengan sepatu yang satu.


Allahualam

"sopannya melayu"


Masyarakat Melayu memang terkenal dengan kesopanan dan ketatasusilaannya yg tinggi. Cakapnya berlapik, bahasanya penuh kiasan. dan tak mustahil pula sesuatu kata yg dilafazkan itu punya banyak makna2 yg tersembunyi yang terkadang hanya bisa difahami oleh jauhari..atau si pemakan cili. "siapa makan cili dia termakan pedasnya". begitu kan?

Sopannya melayu, sedikit sebanyak mempengaruhi gaya tutur dan daya lontar perbuatan kita dalam kehidupan sehari hari- mandi, makan, belajar, dan DAKWAH - semuanya dimanfaatkan dengan 'keterlapikan' ini. 

PELURU BERPANDU TIDAK BERARAH 

Hakikatnya dalam era serba sofistikated ini, peperangan darat dengan tanki kereta kebal bukan menjadi medan kegemaran kebanyakan masyarakat dunia. Mereka lebih gemar menggunakan "senjata" paling tajam dalam anggota -LIDAH- untuk menusuk dan menumpaskan lawan. membukti siapa benar, siapa salah lagaknya. Dipayungi lembayung kemodenan, senjata tajam ini dilihat mampu menerkam lebih jauh dengan bantuan media maya - FB, Twitter, Instagram etc. Tujuannya pelbagai. membukti yang paling benar. menunjuk salahnya insan. memohon seribu keampunan atau apa sahaja yg bisa difikiri dan dijagkaui minda fikiran. dan DAKWAH juga tidak lari dari mendapat suntikan ini.

Berlatarbelakangkan keperibadian "melayu yang sopan" dan suntikan fikrah "harusnya menyeru kebaikan" sudah menjadi seolah2 satu trend baru bagi para dai'e muda untuk berdakwah melalui status2 FB, twitter etc. caranya mudah. tuliskan apa yang difikirkan perlu dan patut di saat itu, salahkan saja siapa yg ingin ditujukan tetapi elakkan menggunakan nama2 yg spesifik seseorang individu ataupun pihak. Buatkan satu status umum--biarkan mereka menilainya. siapa makan cili dia terasa pedas. siapa rasa mangsa, dialah yg dikejar "peluru berpandu" tidak bernama itu. begitu bukan?

Aduhai. jika benar difikiri, jika betul diselusuri begitukah yang dikata hikmah? atau itu namanya berakhlak? benarkan itu satu seruan kebaikan? atau umpatan yg tidak bertuju-spesifik-an? Sudah diambilkah pandang sisi insan yg duduk memerhatikan? masyarakat yg sudah tahu akan keadaan tetapi hanya duduk berdiam-an, memerhati lagat pendakwah muda yg sinis melontarkan kata? benarkah itu cara terbaik??? itukah modul individu muslim berakhlak mantop?? tiadakah menjadi fitnah kepada jalan ini??



Allahualam.si? 

#random 1



tak mudah kan memahami manusia ?..