RSS

LELAKI BESI ITU




" Parents saya dua2 dah berumur. sebab tu apa2 pon saya kena ready - bersiap sedia mentally, physically, financially - sebab macam2 boleh terjadi. lagi-lagi kita sekarang ni jauh. saya di sini. sedangkan parents di Malaysia...."


Kurang lebih, begitulah antara kata-kata seorang sahabat saya - Mr.A- sewaktu beliau memperkenalkan dirinya dalam sesi taaruf kami yang lepas. Agak pelik juga saya, kenapa perlu sampai ke tahap itu sekali dia berfikiran. pesimis! -getus hati kecil saya.

***

Kira-kira seminggu yang lepas, kami sebilik digemparkan dengan berita bapa Mr.A yg dimasukkan ke wad kerana koma. hati saya sedikit bergetar. Namun beberapa hari kemudian, kami dilaporkan keadaan bapanya sudah sedikit baik. Dos ubat sudah dikurangkan, namun masih ditahan di ICU. Mr.A membuat keputusan untuk pulang hanya pada hujung Januari ini, memandangkan peperiksaan musim sejuk pon sudah semakin hampir. Kami hanya mampu mendoakan di saat itu supaya keadaan bapanya semakin baik.

Kurang lebih jam 7.45 malam kelmarin, Mr.A menerima sebuah panggilan dari Malaysia mengenai prkembangan kesihatan bapanya di Malaysia.. Mulanya, sya tidak begitu ambil pusing, memandangkan kami sedang "berkonfrens riang" seketika itu. Hanya kira2 sejam kemudian saya diberitakan bahawa bapa beliau sudah meninggalkan dunia yg fana ini. subhanallah. Innalillahiwainnalillahirojiun.

Ujian buat yang kuat.

Ironinya, Mr.A kelihatan begitu bersahaja dan tenang, menghadapi berita tersebut. Biarpun jauh di hatinya pastinya bergenang sejuta kesedihan, tiada satu pun air mata yg tertitis dari matanya--atau sekurang2nya tidak di hadapan kami sebilik. Saat di mana semua orang lain pastinya akan meraung bagai orang dirasuki pontianak, atau menangisi selautan air mata, dia kelihatan begitu tenang, redha dan bersahaja. Saat orang lain
menghauskan sebuah dakapan kasih sayang dan secebis nasihat buat penenang jiwa...beliau sebaliknya mengingatkan kami sebilik hakikat sebenar kematian itu. hakikat sebenar sebuah ujian. dan hakikat betapa perlunya kita redha atas ujian Allah. Subhanallah. Kuatnya beliau! Semuanya ibarat bertukar pihak. Kami pula yg menitiskan air mata kesedihan, sedang beliau yang memberi tazkirah peringatan---sebuah halwa penenang jiwa. Subhanallah. Sungguhh ujian Allah itu diberi buat hambaNya yg kuat. Ya Allah, redho-ilah kami sebagai hambaMu, Berilah kekuatan dan kesabaran pada ikhwah ku yg satu itu menempuhi ujianMu. tempatkanlah roh bapanya dalam kalangan mereka yg soleh. selamatkan kami di dunia dan akhirat. amin ya robbal alamin.

“Sungguh ajaib keadaan orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” 

-tapai-