Maka selepas kesekian lamanya, membina kapal angkutan pertama atas arahan Yang Maha Kuasa, bersabar atas cemuh maki gelaran gila kaumnya yang dusta dan durhaka, akhirnya Nuh A.S diperintah untuk membawa bersama pengikutnya yang setia, serta setiap pasangan dua dari makhlukNya yang melata diangkut ke dalam bahtera. Lalu tiba saat bencana. memancar air dari segenap bahana, menelan segala durjana. Lalu mengapa diperintah membawa semua dari pasangan dua?
*****
al-kisah ke kelas internal medicine. Kalau di Bumi Chenta ini, jika hendak melawat pesakit, harus ditukar ganti pakaian yang ada, atau sekurang2nya menyarung pakaian pendua, buat melindung dari menyebar kuman berbahaya. gaun putih. maska penutup muka, malahan kasut juga perlu ditukar sepatu atau capal kedua. debar. bukan kerana hendak melawat pesakitnya. tetapi dek kerana tertinggal sepatu yang sepasang. bawa yang kanan, tertinggal yang kiri. Natijahnya, terlepas peluang melawat pesakit dan terkurung sendirian di bilik darjah, keseorangan. bagai di penjara lagaknya!
*****
dalam hidup ini, banyak perkara yang datangnya secara pasang.dan berpasangan itu maksudnya dua! Dari dua yang asal, bisa tumbuh melata melahir dan membiak generasi yang seterusnya. Ingat hukum law of few? Terkadang sesuatu itu tak harus bermula dengan banyak. ramai. yang sedikit itu juga bisa menyebar, asalkan serius dan bersungguh. dakwah ini juga begitu. tidak perlu kuantiti yang banyak tetapi cair bak haprak. pekatkan diri. insyAllah bisa mewarnai yang sekitarmu.
tapi itu bukan soalnya. Perasankan dalam Kitab Suci, banyak termaktub unsur yang sebegini: selepas beriman, harus disusuli dengan amal. tidak. bukan disusuli. malah mungkin lebih tepat kalau mengguna kosa diiringi. bersama-sama. berpasang-pasangan. banyak lagi unsur kombo duo begini. amar makruf--nahi mungkar. taubat--buat kebaikan. laku kebaikan--tinggalkan yg mungkar etc. aha. pointnya mudah. belum lengkap kiranya hanya buat yang salah satu. ibarat ke kelas dengan sepatu yang satu.
Allahualam
